Thursday 28 April 2016

Masalah Buli Di Sekolah

Masalah Buli Di Sekolah


Abstrak

Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan beberapaaspek berkaitan dengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli, mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-faktor yang mendorong berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan tatacara membuat aduan berkaitan kes buli disekolah.

Pengenalan

Masalah buli yang dilakukan oleh para pelajar selalu menjadi bebanan bukan sahaja kepada mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunselor dan pihak pentabir sekolah. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pelajar yang melakukan kes buli ini mempunyai masalah terutama dari segi persekitaran, keluarga atau emosi. Masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar malah pelbagai kerenah di dalam bilik darjah mengundang kepada ketidaklancaran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping menimbulkan masalah kepada pihak pentadbir.

Definisi Buli

Menurut Kamus Dewan, Edisi ketiga – buli ditakrifkan sebagai;

1.1 Perbuatan mendera, mempermainkan seseorang, supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.
1.2 Mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak/menakutkan orang yang berkenaan. 
1.3 Menurut The American Heritage ® Dictionary mengatakan “bully (noun); A person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or weaker people” 

2.0 Jenis-jenis Buli
Menurut Dr. Noran Fauzan – Universiti Pendidikan Sultan Idris beliau mengkategorikan jenis-jenis buli kepada: 

2.1 Buli Fizikal Ekstrim 
    2.1.1 Pukul-memukul: menggunakan tangan atau objek kepada mangsa dilakukan secara berseorangan dan paling kerap dilakukan beramai-ramai. (Rujuk kes: kematian Mohamad Zulkarnain b. Abd. Rahim – tahun 1998, Tampoi, Johor Bahru) – Laporan bedah siasat mengatakan mangsa mengalami kecederaan bahagian dalaman abdomen akibat kesan tumbukan.

    2.1.2 Sepak-terajang: menggunakan kaki sebagai instrumen untuk mencederakan mangsa. Instrumen pukul-memukul dan sepak-terajang merupakan pasangan instrumen yang paling kerap digunakan oleh pemangsa. (Rujuk kes terbaru Mohamad Afiq – Kuala Lipis Pahang) – Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa pelajar senior menggunakan kasut kadet polis semasa menendang/menyepak mangsa. Muka surat 2/6

    2.1.3 Menggunakan senjata seperti pisau (rujuk kes seorang pelajar tingkatan 6 menikam teman wanitanya yang mengandung 8 bulan sehingga menyebabkan kandungan bayi meninggal dunia)

    2.1.4 Mengurut/memicit: biasanya berlaku dikalangan pelajar yang tinggal di asrama. Mangsa adalah pelajar junior.

    2.1.5 Membasuh baju: memaksa pelajar junior untuk membasuh pakaian pelajar senior dan perkara ini banyak berlaku di sekolah berasrama.

    2.1.6 Membeli makanan: pelajar senior memaksa pelajar junior membelikan makanan dengan memeras ugut duit pelajar junior

    2.1.7 Mengugut: mangsa diugut dengan pelbagai cara dan tujuan sama ada untuk mendapatkan duit, aksesori seperti jam, rantai dan sebagainya.

    2.2 Buli Psikologi

    2.2.1 Mengejek/mencerca: ianya berlaku bukan sahaja dikalangan pelajar senior terhadap pelajar junior, malah dikalangan rakan sebaya turut berlaku. Mangsa yang diejek biasanya mempunyai kelainan pada nama yang pelik, fizikal yang kecil, rupa paras yang kurang menarik, mempunyai gelaran di luar sekolah kepada mangsa atau keluarga mangsa dan ianya memberikan tekanan psikologi kepada mangsa. 

    2.2.2 Memaki hamun: kata nista yang lucah atau sebutan (jargon) yang menghina dan jika dibalas akan membawa kepada buli fizikal pula. 


    3 Mengenali Ciri-ciri Pembuli (Pemangsa)

      3.1 Terdiri daripada pelajar senior lelaki dan perempuan iaitu pelajar tingkatan enam, lima dan empat.

      3.2 Bertubuh tegap, saiz fizikal yang menampakkan kekuatan fizikal.

      3.3 Pernah mengalami peristiwa pahit menjadi mangsa buli semasa bergelar pelajar junior dan ingin membalas balas perbuatan itu.

      3.4 Menurut Sigmund Freud mereka yang mengalami tekanan, deraan fizikal dan psikologi semasa zaman kanak-kanak kemudian apabila dewasa untuk menghilangkan tekanan dan perasaan (peristiwa) pahit itu maka ubatnya dengan membalaskan balik kepada orang lain.    

    4 Mengenali Ciri-ciri Mangsa (orang yang kena buli)

    4.1 Terdiri daripada pelajar junior lelaki dan perempuan iaitu pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.

    4.2 Mempunyai saiz fizikal yang kecil yang dilihat sebagai lemah dan tidak kuat.

    4.3 Mempunyai nama yang agak pelik/ganjil bukan sahaja kepada diri mangsa tetapi kepada keluarga mangsa, ataupun di kampungnya mempunyai gelaran yang lain.

    4.4 Rupa paras yang kurang menarik, berkulit agak gelap (dilihat seperti budak kampungan) tetapi mempunyai kakak angkat atau abang angkat senior yang baik

    4.5 Ada juga yang mempunyai rupa paras yang menarik ada ketrampilan dan ini mewujudkan perasaan cemburi kepada pemangsa (pembuli).

    4.6 Aktif kurikulum dan kokurikulum dan sering mendapat pujian/penghargaan pihak sekolah dan dilihat sebagai penghalang/menutup peluang pelajar lain.

    5 Statistik Kes Buli

    5.1 Dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
    5.1.1 Tahun 2002 - Enam (6) kematian, 1,691 kes pelbagai kategori jenayah yang dilakukan oleh pelajar.
    5.1.2 Tahun 2003 (Januari – Julai) – Tiga (3) Kematian, 1,662 kes dengan pelbagai kategori kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pelajar.

    Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran (dahulu Pendidikan) jumlah pelajar di seluruh negara sehingga 2003 adalah seramai lima (5) juta orang. Menurut pihak kementerian terdapat 176 kes ala samseng, 627 kes seksual dan 909 kes buli dan lain-lain lagi kes jenayah semuanya menyumbangkan kepada 0.03 atau dua peratus (2%) daripada lima (5) juta orang pelajar.




No comments:

Post a Comment