Saturday 5 December 2015

Pak Yus Jambu Dalam Kenangan (picture & message only)














 



Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan

Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan


Konsert Juara Parodi minggu kelima yang bersiaran secara langsung pada malam ini akan digantikan dengan malam penghargaan (tribute) bagi menghormati pemergian pelawak popular, Pak Yus Jambu @ Yussry Edoo yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari Ahad lalu.

'Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan' bakal menghimpunkan kesemua sepuluh kumpulan yang bertanding dalam program tersebut dan turut disertai rakan-rakan artis yang lain. Mereka akan menyampaikan persembahan khas bagi memperingati arwah Pak Yus yang telah lama mewarnai industri seni tanah air. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

Persembahan Kumpulan Kobis Pedas Di Juara Parodi
01. Kobis Pedas - Dua Insan (Pak Yus, Tauke Jambu & Misha Omar)
02. Kobis Pedas - Takdir & Waktu (Pak Yus, Tauke Jambu & Misha Omar)
03. Kobis Pedas - Usang (Pak Yus, Tauke Jambu & Misha Omar)

Best of Jambu (Pak Yus & Tauke)
Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim 1
Sembang Teh Tarik Episod 12 - Jambu
Tribute program MeleTOP 1 Disember 2015

http://www.layanon9.net/2015/12/juara-parodi-pak-yus-dalam-kenangan.html

Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan

Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan


Konsert minggu kelima Juara Parodi yang bakal berlangsung pada Jumaat ini akan ditukarkan kepada sebuah rancangan mengenang pelawak Yus Jambu.

Yus meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor, tengah malam Isnin lalu akibat serangan jantung. Khabar mengenai pertukaran tersebut dikongsi di laman Instagram milik juri tetap Juara Parodi, Afdlin Shauki. 

“Assalammualaikum, ramai yang terkejut dengan pemergian Pak Yus pulang ke rahmatullah baru-baru ini dan ramai yang menghantar mesej kepada kami untuk menghentikan sebentar pertandingan Juara Parodi ini buat seminggu.

“Setelah berbincang dengan pihak Astro, mereka bersetuju yang minggu ini tidak ada pertandingan akan tetapi oleh kerana berberapa komitmen yang telah sedia ada, minggu ini rancangan diteruskan, akan tetapi minggu ini Juara Parodi menjadi rancangan mengenang Allahyarham Yusri Edoo dan penglibatan beliau dalam bidang seni lawak di Malaysia yang bermula di Astro Warna.

“Akan ada perkongsian dari rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, bacaan sajak dan sedikit tazkirah. Rancangan juga akan bermula dengan bacaan doa untuk Pak Yus. Sekali lagi, minggu ini Juara Parodi digelapkan untuk menghormati pemergian sahabat kami yang sangat kami sayangi.

“Semoga Allah merahmati roh beliau dan semoga Allah memaafkan segala dosa beliau dan letaklah roh beliau bersama golongan roh-roh org yg beriman. Ameen. Assalammualaikum,” tulis Afdlin. Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal berkata yang pihak Astro membuat keputusan untuk mengadakan program tersebut pada Jumaat ini dan tidak akan ada pertandingan seperti kebiasaannya.

"Kami sedar ramai masih terkejut dengan pemergian Yus. Ada yang masih beremosi dan ini mungkin tidak bagus jika kami meneruskan pertandingan. Apa yang dilakukan ini juga sebagai hadiah terakhir daripada teman artis untuk arwah,” katanya kepada Harian Metro.

Emarina berkata, pada malam itu nanti 10 kumpulan yang bertanding akan mengadakan persembahan khas. 

Menerusi rancangan Juara Parodi, Allahyarham Yus bergabung dengan rakannya dalam kumpulan Jambu, Tauke, membentuk kumpulan Kobis Pedas bersama penyanyi popular Misha Omar.

Sembilan lagi kumpulan yang bertanding ialah Abang Face, Selamba Blur, Mawi & The Loyar, Righthanded, Juri, Black Dot Chey, Cuba Teka, Skru dan Senaman.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Instagram Afdlin Shauki & Harian Metro