Sunday 21 October 2012

Pantun Hari Hari... X)

Pagi-pagi makan burger,
Makan dengan anak pak Mahad,
Ada program apa wahai para blogger,
Hari ini hari Ahad.

Belayar sampai ke Pulau Dudor,
Bukan itu angan-angan Mat Jenin,
Kenapa engkau masih tidur?
Office tutup ke hari Isnin.

Pakai baju butang suasa,
Membuatkan badan nampak perkasa,
Makanlah puas-puas nanti dah nak puasa,
Selamat menyambut hari Selasa.

Kain selimut kain gebar,
Dibeli dari kedai Mat Sabu,
Kukuhkan iman banyakkan bersabar,
Puasa mungkin hari Rabu.

Sudahkah anda tunaikan solat,
Solat wajib hanya 2 rakaat,
Bukan apa, cuma nak ingat,
Jangan lupa hari Jumaat.

Setiap hari minum ais batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Selamat hari Sabtu.

on Sabtu, Ogos 07, 2010

No comments:

Post a Comment