Sunday, 21 October 2012

Pantun Lawak

Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kereta pun boleh undur,  
Terlajak kapal terbang takde gear reverse,sori.

Bersatu kita teguh, Bercerai kita kahwin lain.

Sudahlah jatuh ditimpa tangga, Tertempek pula taik ayam.

Alang2 mandi biar guna sabun dan syampu.

Harimau mati meninggalkan belang, Isteri mati meninggalkan gelang, 
Suami mati meninggalkan hutang (Tu la, jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

Sebab mulut santan binasa, Sebab mulut juga.....nasi pun habis.

Biar putih tulang, Jangan kuning gigi (Gosok jangan tak gosok)

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali ada beruk atas pokok tu.

Malang tidak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tidak berbunyi.

Biar mati bini, Jangan mati anak ( Boleh kahwin lain ape)

Berakit2 kehulu, berenang2 ketepian, Lama2 penat juga.

Harapkan pagar, Pagar pun tak leh harap.

Hujam emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Kalau macam tu baik tak yah hujan.

Patah tumbuh, hilang report polis.

Pantun Hari Hari... X)

Pagi-pagi makan burger,
Makan dengan anak pak Mahad,
Ada program apa wahai para blogger,
Hari ini hari Ahad.

Belayar sampai ke Pulau Dudor,
Bukan itu angan-angan Mat Jenin,
Kenapa engkau masih tidur?
Office tutup ke hari Isnin.

Pakai baju butang suasa,
Membuatkan badan nampak perkasa,
Makanlah puas-puas nanti dah nak puasa,
Selamat menyambut hari Selasa.

Kain selimut kain gebar,
Dibeli dari kedai Mat Sabu,
Kukuhkan iman banyakkan bersabar,
Puasa mungkin hari Rabu.

Sudahkah anda tunaikan solat,
Solat wajib hanya 2 rakaat,
Bukan apa, cuma nak ingat,
Jangan lupa hari Jumaat.

Setiap hari minum ais batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Selamat hari Sabtu.

on Sabtu, Ogos 07, 2010

Sunday, 7 October 2012

Lagu Warisan

Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Lagu Wilayah Persekutuan (Maju Dan Sejahtera) 2010

Lirik Lagu Wilayah Persekutuan


Harmoni Wilayah Pertiwi

Semoga Sentiasa Diberkati

Wawasan Hala Pembangunan

Sebagai Semangat Perpaduan

Wilayah Persekutuan

Maju Dan Sejahtera (2X)

Negaraku, Malaysia National Anthem

Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta