Friday 15 May 2015

Bila Kita Bermimpi, Apa Maksud Mimpi Itu?


Bila Kita Bermimpi, Apa Maksud Mimpi Itu?

Adakah mimpi anda membawa sebarang makna?
Kadang kadang kita senang betul bermimpi.
Masuk akal, tak masuk akal. Dua-dua ada.
Apabila kita bermimpi, kita mencari apa itu maksud di sebalik mimpi itu. Ada tak maksud mimpi itu? Kita mula membuka pelbagai kitab, forum, blog untuk mencari makna mimpi.
Ada satu buku sains menyatakan bahawa mimpi itu hanyalah mainan minda kita semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna melainkan gaya pemikiran kita. Adakah itu betul maksud mimpi kita?
Profesor di dalam bidang psikologi, Calvin Hall telah mengkatalogkan dan mempelajari mimpi selama 30 tahun dan dia yakin bahawa mimpi tidak membawa apa-apa makna sekalipun. Tapi, dia percaya bahawa mimpi adalah sambungan kepada buah fikiran kita semasa bangun, dan bercampur aduk dengan neurologi kita yang agak aneh pada waktu malam. (Anda boleh baca buku Dreamland: Adventures in the Strange Science of Sleep yang ditulis oleh David K. Randall.
OK, dari segi sains, mimpi tidak ada sebarang maksud.
Kalau dari segi Islam pula? Apa maksud mimpi?
sedapnya mimpi...
Ini info yang saya dapat jumpa:

Maksud Mimpi Mengikut Islam

  • Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
  • menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
  • berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  • memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  • beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  • memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  • membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  • berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  • diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  • sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
  • diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  • melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  • melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
  • melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  • perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  • mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
  • diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  • memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  • bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  • bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
  • mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  • memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
  • duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  • bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  • berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  • mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  • bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  • makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  • makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  • makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
  • memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  • Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  • muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  • gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  • diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  • dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  • rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  • naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  • membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  • melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  • tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  • Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  • tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  • Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  • ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  • melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  • Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  • melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  • Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  • Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  • memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  • mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.
Untuk tafsir panjang lebar di atas pula, saya dapat daripadahalaqah.net (Kemas kini: link mati), sumbernya pula dari yolasite(Kemas kini: link sudah bertukar). Fuh, memang sakit mata tengok kat Internet ni. Info banyak benar!
Bagi anda, maksud mimpi anda bagaimana? Kadang-kadang mimpi amat menakutkan sampai menjejaskan hari-hari kita… Memang tak best kalau itu yang terjadi. Tebayang-bayang mimpi tu.


http://kokotiam.com/bila-kita-bermimpi-apa-maksud-mimpi-itu/





No comments:

Post a Comment