Monday 9 March 2015

Pelawak Malaysia Meninggal Dunia (Al-Fatihah)




March 8th, 2015

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Merah, Perak arah selatan kira-kira pukul 5 petang, Ahad.  

Pelakon Den Wahab ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu namun tidak dapat memberi butiran lanjut tentang kejadian mengejut itu.  

"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi mengenai perkara itu.  

"Daripada apa yang dimaklumkan kepada saya, Harun dan keluarganya dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.  

"Mereka kemudiannya singgah di RNR Bukit Merah untuk mengisi minyak sebelum Harun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia," katanya kepada mStar Online.

______________________________________________________________________________



August 13th, 2014

PETALING JAYA: Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung.  

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.  

“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya.  

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim, 59, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.  

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak pada Rabu.  

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.  

Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun.  

Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung.  

Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior.  

Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian.  Sementara itu Bernama melaporkan, Habirah memberitahu suaminya itu sudah lama menghidap penyakit jantung namun tidak menyangka arwah akan meninggalkannya dalam masa terdekat.  

"Arwah berhajat mahu makan nasi kandar di sebuah restoran kegemarannya di Sungai Petani, dan kami baru sahaja pulang dari sana kira-kira 1.30 tengah hari tadi," katanya kepada pemberita di rumahnya, pada Rabu.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/08/13/maidin-meninggal-dunia/



March 27th, 2014

KUALA LUMPUR: Pelawak, pelakon dan penyanyi era 80an dan 90an, Datuk Ali Mamak meninggal dunia pagi tadi.  

Ali atau nama sebenar beliau, Osman Jantan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 4.20 pagi akibat kanser.  

Memetik laporan portal hiburan, RotiKaya.com, kematian Allahyarham disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui laman sosial peribadinya. 

Allahyarham mula dikenali sebagai pelawak apabila membintangi sitkom ‘Santan Berlada’ sekitar 80an bersama pelawak Khairul Azhar dan Accapan.  

Beliau dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah di Melaka dan sudah bergelumang dengan dunia seni komedi kira-kira 25 tahun.  

Pada tahun 2008, beliau telah dikurniakan gelaran Darjah Seri Melaka (SSM) oleh Kerajaan Melaka yang membawa gelaran Datuk.  

Jenazah akan dibawa terlebih dahulu ke Hulu Langat untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan sebelum Zohor.   

Read more at: 
______________________________________________________________________________



November 10th, 2013

Pelakon veteran dan pelawak terkenal Ahmad Busu, 60, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam akibat diserang penyakit angin ahmar.  

Exco Seniman Malaysia, Meary Chu Abdullah, berkata allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hospital berkenaan pada 7.05 malam.  

"Mula-Mula arwah demam biasa, tapi tiba-tiba tidak sedarkan diri. Allahyarham meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital berkenaan.  

"Kita juga akan memberi sumbangan berbentuk wang ringgit kepada balu dan anak Allahyarham untuk pengurusan jenazahnya," katanya.  

Beliau berkata, jenazah akan dibawa pulang di kediaman allahyarham di Taman Seri Andalas dan dikebumi pada kira-kira 9 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, Klang.  

Ahmad, yang berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu dan empat anak.  

Allahyarham, yang dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu', memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada 1978.  

Meary berkata, allahyarham semasa hayatnya, seorang yang baik hati, suka membuat lawak dan peramah. - Bernama, 11 November, 2013.  

See more at: 



June 4th, 2013

4 Jun 2013 - Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.  

Berita sedih ini dimaklumkan oleh anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.  

Pelakon komedi era P.Ramlee ini pernah membintangi lebih 25 buah filem. Antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.  

Filem terakhir lakonannya berjudul Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh.  




February 6th, 2013

Pelakon veteran dan pelawak, Datuk Yahaya Sulong, 84, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini akibat sakit tua.  

Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Jamil atau Zedzaidi ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.45 petang.  

“Malam ini jenazah akan dibawa untuk dimandi dan disemadikan di Teluk Intan, Perak,” katanya. 

Filem pertama lakonan Yahaya ialah Abu Nawas dan sehingga kini beliau telah berlakon dalam 24 buah filem.  

Antara filem lakonannya dalam era 80-an sehingga kini termasuk Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Prebet Lapok dan Senario The Movie.  

Allahyarham juga popular dengan sitkom televisyen seperti Hang Setia bersama Allahyarham R.Jaafar, Param dan Hamid Gurkha serta siri Si Jantung Hati.  Allahyarham mempunyai 11 orang anak dan meninggalkan balu, Datin Alisah Ali.  

Keluarga berkenaan menetap di Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, di sini.  – Bernama



______________________________________________________________________________



June 29th, 2012

NAMANYA pernah duduk sebaris dengan para pelawak negara yang cukup dikagumi. Apa sahaja biji butir yang keluar daripada mulut Osman Kering ia mampu mencuit hati siapa sahaja yang mendengarnya.  

Nama Osman yang mula aktif dalam bidang lakonan sejak akhir 1970-an mungkin kurang menyerlah sejak kebelakangan ini. Tetapi itu tidak bermakna dia terus dilupakan. Peranan yang dimainkan oleh Osman dalam menghidupkan filem dan drama komedi lakonannya masih tetap menyengat.  

Kini kelibatnya sudah tiada. Tiada lagi gelak tawa Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim,59, yang pernah menghiburkan kita dengan lawak-lawak jenakanya.  

Jumaat lalu, kira-kira pukul 3.45 petang, pelawak yang pernah membuat penonton tidak kering gusi dengan lawak dan gelagatnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan isteri, Che Norhayati,48, dan anak-anaknya.  

Perginya allahyarham Osman menghadap Ilahi buat selama-lamanya setelah lebih dua minggu di masukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur.  

Jenazah Osman dibawa ke Masjid Al-Najihin, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang pada hari yang sama.  

Sakit yang ditanggung oleh pelawak ini bukan baru. Mungkin pada sebilangan besar peminat mereka tidak tahu yang Osman menderita sakit batuk kering sejak sekian lama. Penyakit yang menjadi 'rahsia' keluarga itu akhirnya membawa bencana pada dirinya.  

Hanya baru-baru ini sahaja kesihatan pelakon itu benar-benar merosot sehingga menyebabkan dia terlantar dan koma di HUKM.    

Masih segar dalam ingatan pada petang 13 Jun lalu, heboh di laman-laman sosial kononnya pelawak itu sudahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Artikel Penuh: 



May 3th, 2012

Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya  di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.

Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid  Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.  

"Saya bergegas ke rumah  selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia,” katanya.

______________________________________________________________________________



June 19th, 2011

Pelakon komedi, Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan “Pak Uda” dalam sitcom “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

“Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau,” katanya.  

Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham, pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.  

Allahyarham turut berlakon hampir 20 filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.  

Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada 1991.


______________________________________________________________________________



September 17th, 2010

M.Rajoli, 64 tahun, atau nama sebenar arwah Haji Mohd Rajoli Mohamed Zain telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 pm semalam, 17 september 2010. Terkejut juga dibuatnya selepas melihat berita di TV3 semalam.

M.Rajoli iaitu seorang pelakon veteran dan juga pelawak yang juga cukup terkenal dalam pelbagai cerita-cerita drama dan filem di mana beliau selalu membawa watak  orang yang warak dan kuat pegangan agama. Aku suka dengan cara arwah  berlakon. Memang beliau pelakon dan pelawak yang berbakat.  

Beliau telah terlantar sakit sejak tahun 2008 setelah disahkan menghidap penyakit Lymphoma atau barah kelenjar otak. Penyakitnya telah menyebabkan M.Rajoli hampir lumpuh seluruh anggota badan.




September 5th, 2010

Al Fatihah buat pelawak Yusof Chong yang telah meninggal dunia petang Ahad (5 September 2010) di Hospital Selayang akibat komplikasi penyakit seperti sakit jantung dan darah tinggi. Arwah Yusof Chong berusia 63 tahun dan telah dirawat di Hospital Selayang selama 5 hari sebelum kematian beliau. 

Jenazah arawah Yusof Chong telah pun selamat dikebumikan selepas solat terawih malam tadi. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah. 




April 2nd, 2010

Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang. 

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online. 

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi. 

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi. 



No comments:

Post a Comment