Saturday 3 November 2012

Peminat Sambut Meriah! Lee Seung Gi Kini Berada Di Malaysia

Thursday, 01 November 2012 18:21



Seung Gi selamat tiba di KLIA. Kreadit foto oleh Fikri
Minta perhatian sekalian Airen Malaysia! (gelaran untuk peminat).Jejaka kacak kesayangan anda, Lee Seung Gi dah pun berada di sini!
Pelakon, penyanyi juga penghibur kegilaan ramai, Lee Seung Gi selamat menjejakkan kaki di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 4.50 petang tadi dengan menaiki pesawat MAS MH67, dari Incheon, Korea. Ini merupakan kunjungan kali pertamanya sempena acara temujanji Tonight with Lee Seung Gi in Malaysia.

Ketibaan arjuna yang mula dikenali menerusi lagu She's Mine ni disambut meriah kira-kira 100 peminat yang sudah pun menanti sejak dari tengah hari lagi.

Pada jam 5.10 petang, kelihatan Seung Gi yang tampil berpakaian kasual, seluar slack hitam dan baju-t, keluar dari balai ketibaan. Sejurus itu peminat menjerit dan berteriak mengucapkan "Lee Seung Gi', welcome to Malaysia!".


Diiringi beberapa pengawal, sambil berjalan menuju ke luar perkarangan KLIA, aktor berusia 25 tahun ni tidak putus-putus melemparkan senyuman manisnya serta melambai ke arah peminat. Malah, beberapa peminat sempat menghulurkan hadiah dan Seung Gi menyambut baik pemberian mereka.

Suasana sangat tenang kerana tiada adegan asakan yang teruk daripada peminat. Sebaliknya, peminat semua berjalan beriringan dengan Seung Gi sehinggalah bintang yang cukup popular menerusi dramaBrilliant Legacy dan My Girlfriend is Gumiho ni menaiki sebuah van jenis Alphard lalu meninggalkan KLIA.



Seung Gi melambai ke arah peminat dari dalam van
Memulakan kerjaya sebagai menerusi penampilannya dalam Sitkom Nonstop sejak tahun 2004. Kemudian, dia muncul dalam Famous Princesses (2006), Brilliant Legacy (2009), My Girlfriend is Gumiho (2010) dan terbaru King2hearts.

Idola pujaan ini juga mempunyai suara yang lunak dan popular dengan lagu-lagu OST dan singlenya sendiri antaranya, ConfessionLet's Go On A Vacation dan and Will You Marry Me.

Sementara dalam bidang pengacaraan, dia pernah diangkat sebagai pengacara pilihan menerusi program 1 Night, 2 Days, Anugerah KBS Entertainment 2011. Dalam tahun yang sama, dia juga memenangi Penghibur Lelaki Terbaik Anugerah SBS Entertainment. Dan sejak tahun 2009 hingga Mac 2012, Seung Gi diberi kepercayaan mengacarakan program bual bicara paling popular SBS Entertainment, Strong Heart.


Seung Gi bakal temui peminat Malaysia di Kenanga Wholesale City,
Tahun ini, dia telah dipilih sebagai salah seorang yang bertanggungjawab membawa obor Olimpik 2012. Model Samsung ni antara 23 pelari lain yang menyertai larian Hari Obor 'Pelari Korea'. Seung Gi berlari sejauh 320 meter dari Stafford Avenue menuju ke garisan penamat di Manchester Road di Rochdale, timur laut bandar Manchester.

Pada 2 November (Jumaat) ini, Seung Gi akan meluangkan di sesi bertemu peminat (fans meeting). Dianjurkan oleh Jazzy Group, Tonight with Lee Seung Gi in Malaysia akan berlangsung di Kenanga Wholesale City, jam 8 malam.

Airen Malaysia! Jangan lupa temujanji ada dengan LEE SEUNG GI, malam minggu ini!


No comments:

Post a Comment