Tips Cara Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas
Selain tips di atas, anda dinasihatkan untuk melakukan perkara berikut ketika cuaca panas kini;-
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.
- Hadkan aktiviti luar.
- Kerap berehat.
- Mandi atau gunakkan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar.
Cuba elakkan perkara berikut ketika cuaca panas;-
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas.
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, lihat tip-tip di bawah;-
- Keluar dari kawasan yang panas.
- Tanggalkan pakaian yang ketat.
- Letakkan kain yang basah dan sejukkan badan.
- Minum air kosong setiap 15 minit.
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
No comments:
Post a Comment