Sunday, 28 February 2016

Pantun Teka-Teki

Pantun Teka-Teki


1. Waktu senja jangan  melamun,
Perbuatan itu hanyalah sia-sia;
Tempat berbau dia berkerumun,
Yang hinggap di situ apakah dia.

2. Hendak dikejar  tidaklah sempat,
Hendak terbang  tidak bersayap;
Di dalam rumah banyak terdapat,
Di dinding dan siling dia merayap.

3. Sedap rasanya si kuih bangkit,
Putih warnanya bukannya perang;
Kalau menyengat tentulah sakit,
Serangga apakah ditakut orang.

4. Keluar rumah memakai bedak,
Pakai pula seluar berbelang;
Kusangka itik rupanya tidak,
Binatang apakah berleher panjang.

5. Bermain kayak di Tasik Chini,
Leka bermain hari pun malam;
Cuba jawab perumpamaan ini,
Bagaikan apa berbulu ayam.

6. Kereta bernama Proton Waja,
Sudah terkenal di seluruh dunia;
Di darat dan di air boleh sahaja,
Ikan di sungai jadi kegemarannya.

7. Berbulan madu di Rantau Abang,
Pergi memancing dapat siakap;
Siapakah seakan kapal terbang,
Bila hinggap mudah ditangkap.

8. Tiada galah gunakan tangga,
Ikut sahaja cara yang mampu;
Cubalah teka jenis serangga,
Suka berkerumun pada lampu.

9. Anak dagang tiada berharta,
Walaupun miskin tidaklah papa;
Sudah biasa orang berkata,
Kalau rajin seperti apa.

10. Jikalau ilmu penuh di dada,
Apa peduli wang dan ringgit;
Di batang pokok selalunya ada,
Siapa memanjat pasti digigit


http://documents.tips/documents/pantun-teka-teki-4.html

No comments:

Post a Comment