Sunday, 23 August 2015

Peribahasa dan Maksudnya

PERIBAHASA DAN MAKSUD


Ada hati
  • Ada keinginan

Ada jalan
  • Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik batu
  • Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

Air muka
  • Permukaan air
  • Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
  • Maruah, harga diri

Air seni
  • Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
  • Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas

Akar umbi
  • Akar tunjang
  • Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
  • Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

Alah bias tegal biasa
  • Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya

Alah membeli menang memakai
  • Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
  • Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya
  • Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan

Ambil langkah
  • Mulai hendak berjalan
  • Mulai bertindak

Ambil berat
  • Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa

Anak emas
  • Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa

Asam garam
  • Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)

Ayam tambatan
  • Orang harapan

Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  • Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka

Bagai aur dengan tebing
  • Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Bagai ayam disambat helang
  • Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar bintang
  • Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke batu
  • Sangat sedih


Bagai kacang lupakan kulit
  • Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air
  • Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu

Bagai murai dicabut ekor
  • Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan permata
  • Sama padan, cocok benar


Bagai menatang minyak yang penuh
  • Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna


Baik sangka
  • Rasa muhibah
  • Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

Banyak makan garam
  • Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan
  • Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu

Belut kena ranjau
  • Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib
  • Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga
  • Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
  • Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang




Berat mulut
  • Tidak suka berkata-kata, pendiam

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
  • Baik buruk sama-sama dipikul

Berat tulang
  • Malas

Berbalik hati
  • Berubah hati

Berdiri sama tegak, duduk sama rendah
  • Sama taraf atau sejajar antara dua pihak


Beri jalan
  • Memberikan idea
  • Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan

Berkatalah benar walaupun pahit
  • Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang

Berkayuh sambil bertimba
  • Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati
  • Suka memberi, tidak kedekut
  • Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh
  • Malas berusaha

Berputih mata
  • Kalah dalam sesuatu persaingan

Bersatu teguh, bercerai roboh
  • Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah

Bersekutu bertambah mutu
  • Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
  • Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja

Bertikam lidah
  • Bertengkar
Besar hati
  • Bangga, gembira

Besar pasak daripada tiang
  • Besar belanja daripada pendapatan

Biar mati anak, jangan mati adat
  • Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang dipegang terpelihara

Bidan terjun
  • Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba

Buah fikiran
  • Pendapat

Cahaya mata
  • Anak
  • Kekasih, buah hati

Cakap besar
  • Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Campur tangan
  • Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain
  • Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
  • Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan

Celik computer
  • Arif atau tahu tentang computer

Dalam tangan
  • Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi

Dapat sama laba, cicir sama rugi
  • Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama

Darah daging
  • Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

Darah panas
  • Pemarah, lekas marah

Darah seni
  • Bakat semula jadi dalam bidang seni

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
  • Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
  • Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung
  • Mematuhi peraturan di tempat yang didiami


Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari
  • Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan


Durian rintuh
  • Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

Enggang lalu ranting patah
  • Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah

Genggam bara biar sampai jadi arang
  • Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

Goyang kaki
  • Bersenang-senang

Gunting makan di hujung
  • Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Habis madu sepah dibuang
  • Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan

Hancur hati
  • Sedih, putus asa

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

  • Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati
Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah

  • Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit
Hati kecil
  • Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
  • Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya

Hidup segan mati tak mahu
  • Orang yang hidup melarat

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
  • Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri

Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
  • Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

Ibarat melukut di tepi gantang
  • Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah
  • Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

Ilmu itu pelita hati
  • Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak

Jantung hati
  • Orang yang dikasihi

Jauhari juga mengenal manikam
  • Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

Jauh berjalan luas pandangan
  • Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya

Jinak-jinak merpati
  • Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak

Kacang hantu
  • Orang jahat

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
  • Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)

Kaki joli
  • Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

  • Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

  • Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

  • Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

  • Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang

  • Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

  • Bekerjasama melakukan sesuatu
Kecil hati
  • Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

  • Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan

  • Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan
Keras lidah
  • Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul

Lain lubuk lain ikannya

  • Lain negeri lain orangnya
Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan

  • Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak
Lidah tidak bertulang
  • Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

Lupa daratan
  • Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan

Lintah darat
  • Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Makan angin
  • Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

  • Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak

  • Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling
Mata hati
  • Perasaan hati

Mati kutu
  • Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea

Membaca jambatan ilmu
  • Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan

Membanting tulang
  • Bekerja keras
Membuka pekung di dada
  • Mendedahkan keburukan diri sendiri

Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki

  • Baru hendak belajar sesuatu
Menangguk di air keruh
  • Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

Mencolok mata
  • Menyakitkan pandangan

Mencari jalan
  • Mencari ikhtiar, usaha dan idea

Mengangkat bendera putih
  • Menyerah kalah

Menunggu buah yang tak gugur

  • Mengharapkan sesuatu yang tak jelas
Nafas baru
  • Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru

Naik darah
  • Menjadi marah

Nasi sudah menjadi bubur
  • Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)

Orang mengantuk disorongkan bantal

  • Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
Otak batu
  • Bodoh

Otak cair
  • Pandai

Padang jarak padang tekukur

  • Padang atau tanah luas yang kosong
Panas baran
  • Cepat marah, sangat pemarah

Pandai makan pandailah simpan
  • Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
  • Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan

Perang dingin
  • Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati
  • Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur
Pilih kasih
  • Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain

Pucuk dicita ulam mendatang
  • Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan

Rezeki kalau secupak tidak akan jadi segantang

  • Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
Ringan mulut
  • Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap

Ringan tulang
  • Rajin bekerja, tangkas

Ringan tulang berat perut
  • Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah
  • Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama

Sambil menyelam minum air
  • Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut dilakukan

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan

  • Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong
Sediakan payung sebelum hujan
  • Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik

Seperti api dalam sekam
  • Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan tebing
  • Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
  • Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja

Seperti kera sumbang
  • Orang yang takut mencampuri orang ramai

Tajam akal
  • Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Sudah terhantuk baru terngadah
  • Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan

Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
  • Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah

Tangan kosong
  • Tidak membawa apa-apa

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
  • Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara

Tangkai jering
  • Kedekut

Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
  • Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan

Tulang belakang
  • Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

Ukur baju dibadan sendiri
  • Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita

Umpama biawak bercabang lidah
  • Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya

Umpama lebah membuang sengat
  • Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang

Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

  • Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
  • Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis


http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/peribahasa-dan-maksud.html

No comments:

Post a Comment