Saturday, 7 May 2011

C.I.N.T.A


Sungguh menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi adalah lebih menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang namun kamu tidak pernah memiliki kekuatan untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang kamu sayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta kamu itu pada batu nesan dipusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Cinta bukan mengajar kita menjadi hamba untuk orang yang kita cintai tetapi menjadi sebahagian daripada jiwanya. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri menjadi pengemis cinta tetapi menjadi sumber kekuatan untuk orang yang kita cintai. Cinta bukan mengajar kita lemah dan lelah untuk hidup tanpanya tetapi membangkitkan semangat untuk hidup kerananya. Maka jangan jadi buta kerana cinta sehingga kamu melihat sesuatu yang indah pada sesuatu yang sebenarnya sangat buruk keadaannya.

Mungkin Tuhan menginginkan kamu bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum kamu bertemu dengan orang yang tepat agar kamu tahu bagaimana mahu berterima kasih atas kurniaan itu.

No comments:

Post a Comment