Bismillahirrahmanirrahim.....
Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi saya kesempatan untuk menulis dan mengemaskini blog ini. Kali ini saya menerima sebuah email yang bertanya soalan seperti tajuk di atas. Jika soalan ini ditanya beberapa hari yang lepas, mungkin agak sukar bagi saya menjawab soalan yang ditujukan memandangkan saya sendiri tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam perkara seperti ini. Bagaimanapun hari ini mungkin saya boleh berikan sedikit pandangan mengikut lunas-lunas Islam dan sedikit pengalaman. Namun saya tidak akan berikan sebarang pandangan dalam entri kali ini. Saya ingin melihat pandangan para pembaca terlebih dahulu. Saya mohon agar orang yang bertanya dapat bersabar menantikan jawapannya nanti..InsyaAllah. Soalannya:
Assalamualikum wbt.. saya ingin bertanyakan mengenai cara bagaimana cara terbaik memutuskan hubungan cinta saya dengannya.kami sebenarnya sudah lama sama2 hendak memutuskan hubungan kami atas dasar takut dosa dan takut mengarah kepada zina, kami masing2 dgn alasan masing2 yg difikirkan logik. (bukan atas dasar dh x sayang)dh masuk tahun ketiga mencuba.. (bercinta hampir 5 tahun). tapi cubaan kami gagal. mungkin perasaan sayang terlalu kuat antara kami.saya dan dia tak mempunyai byk masalah dlm hubungan. penyebab selalu gaduh ialah rindu sebab berjauhan dari dia dan jauh pulak dari mak ayah.. kalau saya balik kg kami jarang gaduh bb boleh jumpa klu rindu.. saya pun automatik tak la rindu sangat.. mungkin dah ada mak ayah n keluarga, wat per nak rindu kat dier..haha..dulu masa awal kenal saya dn dia selalu berjumpa tp masih malu2.. bila saya dapat tawaran ngaji jauh dari dia. dia mula tunjuk kasih sayang dia makin lama makin mendalam menanti hari saya berangkat pergi.saya awal2 dulu ckp nak putus takut ggu pengajian bb saya pelajar yg fokus study (best student kot). tp usaha saya berpisah ngan dia tak berjaya apabila saya selalu rindukan dia. dia sangat baik. (yer la org bercinta semua nampak baik jer)setiap kali sebelum tidur menjadi kebiasaan dia akan mencium saya (flying kiss) melalui telefon dan kami akan gaduh klu dia tak mencium saya dan begitu sebaliknya. tapi sekarang saya dan dia sudah kurangkan tabiat itu. mungkin kerana bosan atau takut dosa.kami sama2 akan menamatkan pengajian lagi dua tahun (degree). lama lagi hendak bersama tanpa ikatan sah. saya risau juga takut paper jdi kat kami. klu berjauhan xper. tp bla saya blik cuti, masing2 nak tunjuk kasih sayang masing2.. nak dibelai nak keluar makan selalu… saling suap.. mcm2 laa… jln2…kami sebenarnya dh bagitau hasrat kat mak ayah tp mak dia ckp bg habis ngaji n dia kata dier nak ada sekurang2nya kereta untuk jd suami saya. lagipun dia xda duit nak pinang saya. sama2 ngaji katakan.saya tak kisah dier ada ker xda duit. yg sy takut kami terlanjur klu tahan lama2. mak ayah sya x kisah klu ada orang minang, terima jer wat per simpan lama2 klu tambah dosa untuk diorang jer. betul juga. tp diorang harap saya habiskan pengajian dulu la sebelum kahwin. dia janji akan masuk minang sebelum saya posting nanti. dia kata dia akan ikut di mana saya dipostingkan. kami sebenarnya bila jauh dari ibu bapa, kami sangat memerlukan. dia di rumah sewa dan saya hostel jauh dari mak ayah. saya akan kesunyian. dan dia perlukan saya untuk gembirakan hati bila jauh daripada ibu bapa.saya dan dia masing2 aktif di pusat pengajian masing2.. kami jenis yang tidak suka berdiam diri. tapi masing2 akan telefon minta kiss klu dh letih buat kerja or study n dengan cara tu menaikkan semangat dan menghilangkan penat.. saya dan dia selalu juga nasihat menasihati pasal perhubungan kami. dia selalu nasihatkan saya supaya kawal perasaan rindu kerana berjauhan. tapi bila dah dekat kami seperti tidak terkawal.dia akan marah saya dan saya juga akan marah dier apabila kami sama terlanjur mencium dan bercumbu.. tapi itu selepas dah buat. dan masing2 ingat mengingati tapi tu la bila setan dah ada dalam diri masing2 xleh kawal. kami masing2 sayang dan harap berkekalan sampai akhir hayat. dia pun dah cakap xkan biarkan saya jauh dengan dia selepas saya tamat pengajian nanti.yang merisaukan saya 2 tahun yg masih berbaki takut masing2 tak sedar dengan dosa yang telah banyak kami lakukan yg mungkin Allah dan keluarga tidak redhai kami. saya dan dia masing2 dh kenal ahli keluarga dan sanak saudara. dia akan memperkenalkan saya kepada saudaranya sekiranya saya bertandang ke rumah dia apabila ada majlis keraian berbanding saya. saya takut kerana ayah saya tidak benarkan dia datang ke rumah. kami tinggal di kampung. orang kampung akan ckp yg bukan2. tp ayah saya dan mak tahu saya dan dia berkapel. rumah kami tidak jauh mana. dalam satu daerah kot.saya selalu kalau nak keluar berjalan2 akan bersama dia. ayah kadang2 marah sebab terlalu kerap keluar, kadang ok bab dia tahu saya sunyi di rumah sendirian. akak dan abang saya semua dah bekerja dan ada yang dh berkeluarga. saya pula tak suka sendirian. saya biasa berkeluarga besar. sebenarnya, saya tak risau sangat tentang hubungan kami klu berjauhan tapi bila dekat 2 jer.. xdapat nak cerita.. banyak sangat dosa pegang tangan, cium, peluk… aish malu lah… klu famili tahu.. mesti diorang sedih..lagipun, dulu saya tomboi. xsuker lelaki yg bercintan. saya dulu ketua pengawas. paling anti org bercouple dlm sekolah. tp bla tamat spm, saya yg terbercinta. aduh..!klu putus takut lak saya yg xleh duduk. ggu pelajaran. saya yg merana nanti.. huhuso, saya harap bagilah pandangan terbaik untuk saya berpisah dengan dia dengan cara terbaik atau saya xperlu berpisah? atau ada cara lain yg mampu kekalkan hubungan kami dalam keadaan suci dari dosa2..tolong kami.. kami perlukan bantuan. ramai kwn cakap xpayah putus tapi.. bila saya muhasabah diri… mcm perlu! entah tak tahu caranya.. tolonglah kami.. hubungan kami dah lama… dari kenal kawan biasa, rapat dan bercinta dah masuk 7 tahun kenalan kami..tolong saya!!! saya sgt perlukan dier tp pd masa yg sama takutkan ALLAH.berilah kami panduang.. terima kasih..
Beginilah soalan yang diberikan. Adakah sesiapa dapat memberikan pandagan bernas mengikut aturan Islam dalam menangani masalah ini? Mohon bantuan dan kerjasama anda semua untuk memberikan pandangan dan langkah-langkah terbaik supaya dapat meringankan bebansahabat kita ini. InsyaAllah saya sendiri akan memberikan pandangan pada entri yang akan datang.
Wallahualam.....
http://wanwma.com/soal-jawab/cara-memutuskan-hubungan-cinta/
No comments:
Post a Comment