Wednesday, 13 January 2016

Pasangan Suami Isteri Artis Malaysia (20??-2015)

Pasangan Suami Isteri Artis Malaysia 



Dato Fazley Yaakob & Isterinya, Puan Azrene  

Tahun 2014 itu merupakan tahun kelapan pasangan bahagia ini menyambut Aidilfitri bersama sebagai suami isteri.  Sepanjang sambutan tahun ini merupakan yang paling bermakna buat Dr Fazley Yaakob dan isteri Datin Azrene Ahmad.  Tahu apa yang menariknya? kita ikuti kisah raya mereka samping tiga ‘hero’ tersayang!  Sejujurnya mata ini sungguh terpikat dengan jalinan kasih sayang yang ditonjolkan dalam keluarga Datuk Dr Fazley Yaakob, 36.  Mana tidaknya, walaupun dikurniakan tiga ‘hero’ sepanjang lapan tahun usia perkahwinan, namun kedua-duanya bijak menguruskan anak-anak.  Tiada teguran dengan nada yang tinggi malah, keriuhan gelak tawa anak-anak itulah yang membuatkan Aidilfitri kali ini sungguh bermakna.  Menurut bapa kepada Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, 6, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 5 dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 3, melihat kegembiraan anak-anak, hatinya turut terhibur.  “Alhamdulillah, kami beraya berlima pada tahun ini. Paling seronok, Piyush juga sudah pandai bercakap.  “Sebelum ini, suara Payish dan Piyash sahaja. Bila tambah suara Piyush pula, suasana semakin riuh.  “Suara-suara inilah yang membahagiakan saya dan isteri setiap hari,” kata penyanyi lagu, Chocolate Cake, ini.




Sharifah Shahira & Ijoy

MINGGU lalu, kediaman pelakon dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah meriah dan ceria dengan hiasan warna putih dan merah jambu. Tidak ketinggalan ada pelamin seperti untuk pengantin baru. Tetapi jangan silap ia bukanlah untuk acara resepsi Shahirah atau ahli keluarganya. Sebaliknya Shahirah mengadakan majlis cukur jambul untuk anak keempatnya, Auddra.

Pernah menyimpan impian untuk melahirkan 10 orang anak, Shahirah bagaimanapun merasakan perancangan itu perlu 'ditunda' dahulu. Namun, dia tidak dapat berjanji sama ada dia akan melahirkan anak lagi atau tidak pada masa akan datang.




Johan Maharaja Lawak & Isterinya, Ozlyn 

Gambar sekitar majlis berendoi anak Johan dan Ozlyn – Paling menarik perhatian, di ruang dalam lokasi berlangsungnya majlis itu di Villa Casa Heliconia, Kuala Lumpur Sabtu lalu, terdapat pelamin cantik berwarna putih yang menjadi tumpuan ramai jemputan sama ada untuk bergambar mahupun merakamkan kenangan bersama pasangan ini. Bukan saja menyediakan makanan yang lazat, pasangan ini turut mengundang Sharifah Shahira dan Azmir Cuit sebagai pengacara bagi memeriahkan majlis dua dalam satu itu.  Lagi tambah menarik, Johan sanggup berhabisan membawa persembahan badut serta permainan lain bagi memeriahkan majlis itu sekali gus menceriakan tiga anak lelakinya serta kanak-kanak lain yang hadir. Bahkan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah berupa basikal, kipas angin serta kereta mainan turut diadakan bagi menambah kemeriahan majlis.




Ajak Shiro & Isterinya, Afifah 

Terkedu kami apabila Ajak Shiro mula membukan cerita mengenai kisah percintaannya bersama isteri yang sudah bermula seawal umur 13 tahun lagi sempena hari lahir isterinya baru-baru ini. Siapa sangka gurauan ketika masa bersekolah dulu kini sudah dapat anak tiga.




Nabil Ahmad & Isterinya, Nazita 

Selesai sudah semalam majlis aqiqah untuk Leyla Medyna dan juga sambutan hari lahir anak pertama Nabil Ahmad iaitu Naera Mikayla yang diadakan di Yayasan Seni, Jalan Ritchie, Ampang. Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, rakan artis juga turut hadir bagi memeriahkan suasana.   Majlis aqiqah dan cukur jambul tersebut telah diadakan pada waktu pagi manakala sambutan hari lahir telah diadakan pada sebelah petang. Sambutan hari lahir pada sebelah petang itu juga turut dihadiri oleh kelab peminat Nabil.  Apa pun, semoga keluarga ini akan semakin membesar malah kami pasti ramai peminatnya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan juga kesejahteraan kepada Nabil dan juga seisi keluarga.




Khai (AF1) & Rosma (AF1)

KL, 8 DIS 2014: Sudah lama rasanya tidak melihat kelibat pasangan suami isteri yang pertama dihasilkan dari Akademi Fantasia iaitu Khai dan juga Rosma. Berpeluang menjengah Instagram pasangan ini, kami kongsikan beberapa foto mereka yang kini telah berkeluarga dengan dua orang anak, Muhammad Amzar Danish dan Nur Amani Damia.  Selepas sepi daripada dunia seni iatu sebagai penyanyi, pasangan ini giat membina perniagaan dan mencari rezeki daripada sumber itu. Menerusi gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Rosma kini tampil dengan mengenakan hijab sejak beberapa minggu lalu.  Lebih manis, ternyata penghijrahan ini mendapat reaksi positif daripada pengikut dan peminatnya . Sungguh pun sibuk dengan perniagaan mereka,kasih sayang yang diberi menunjukkan mereka ibubapa yang menjalankan tanggungjawab sepenuhnya buat anak tersayang.  Pasangan ini dilihat tidak melupakan untuk membahagikan masa untuk bersama anak-anak walaupun sibuk mencari rezeki.Tahniah Murai.com.my ucapkan kepada Khai sekeluarga. Semoga kebahagiaan yang dikecapi ini kekal hingga ke akhir hayat  Jom kita tengok foto mesra keluarga bahagia Khai dan Rosma ini.




Fad Bocey & Isterinya, Nur Syahirah

Acap kali melihat isteri kepada pelawak Fad (Bocey), Syeera kerap kali dimasukkan ke hospital berikutan keadaannya yang kurang sihat sejak hamil.  Namun disebalik kesakitan itu, ada hikmah yang menanti pasangan romantik ini apabila Syeera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman dikurniakan anak kembar.  Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Syeera melalui akaun instagramnya kapsyen yang berbunyi:  “It hurts .nvm .Alhamdulillah after 3 days finally im home .even im not so happy but i am so much happy to see you 'babies'.




Achey Bocey & Isterinya, Nor Hasanah Yahaya 

Pelawak Achey mengakui sering dibelenggu persoalan mengenai cahaya mata, namun beliau enggan terlalu berharap dan menganggap ia sebagai rezeki.  Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, beliau dalam masa yang sama ingin menjaga hati isterinya, Nor Hasanah Yahaya, 25, yang turut sering diajukan soalan begitu.   "Saya anggap ia sebagai lumrah kehidupan yang mana soalan seperti bila hendak berumah tangga dan bila hendak mendapat anak kerap kali diajukan.   "Siapa yang tidak inginkan anak? Namun begitu, saya enggan terlalu memikirkan perkara itu dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Kami sentiasa berdoa agar dapat menimang cahaya mata namun tidak perlu tergesa-gesa.   "Lagipun, kami baru saja berkahwin selama empat tahun. Mungkin sudah tertulis untuk kami meluangkan lebih banyak masa bersama. 




Anita Sarawak & Suaminya, Mahathir Abdullah

PETALING JAYA: Laporan mengatakan kononnya Anita Sarawak sudah berpisah dengan suaminya, Mahathir Abdullah adalah gosip yang tidak benar.  Adik penyanyi itu, Noorkumalasari, 59, berkata,  Anita memberitahunya berita berkenaan adalah fitnah semata-mata.  "Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar.  "Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya," kata Noorkumalasari ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.  Norkumalasari mengulas mengenai gosip mengenai pasangan itu yang dilaporkan sudah bercerai.




Siti Nurhaliza & Suaminya, Datuk K

KUALA LUMPUR – Seorang kenalan rapat Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memaklumkan suami penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang mengalami kemalangan motosikal kelmarin mungkin terlantar selama 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.  Beliau yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, keputusan untuk membawa pulang Datuk K bagi menjalani rawatan di Malaysia bergantung kepada keluarga ahli perniagaan itu sendiri.  Keputusan tersebut juga bergantung kepada tahap terkini kesihatan Datuk K.  Yang pasti, katanya, Datuk K yang patah bahu, tangan dan kaki akibat kemalangan tersebut perlu menjalani rawatan rapi.  “Alhamdulillah, keadaan Datuk K stabil tetapi dia mungkin ditahan hospital selama 10 hari sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


Senarai Novel yang menjadikan sebuah Drama (20?? - 2016)













 







































10 Senarai Novel Kegemaran

10 Senarai Novel Kegemaran







 
























Tuesday, 5 January 2016

Juara Parodi Minggu 6 - 7

Juara Parodi Minggu 7
Tema minggu tersebut adalah '???'. Kata kunci jaga ialah '???'.


Juara Carta
Lagu Ke-Minggu 7
Changed the Song Generator
Peserta
Giliran
Persembahan
1
Balqis
(Kedah)
K-Pop
Abang Face

2
Terukir Di Bintang
(Selangor)
Rock
Kobis Pedas

3
Kita
(Pahang)
Rumba
Slumber Blur

4
Cinta Adam & Hawa
(Pulau Pinang)
Reggae
Righthanded

5
Hanya Aku
(Kelantan)
Hindu
Black Dot Chey

6
Anak Kampung
(Melaka)
Balada
Juri
10
7
Sesaat Kau Datang
()

Mawi & The Loyar

8
Awan Nano
()

Cuba Teka

9
Andaiku Bercinta Lagi
()

Skru

10
Cinta Muka Buku
()

Senaman





Juara Parodi Minggu 6
Tema minggu tersebut adalah 'menabung'. Kata kunci jaga ialah 'RM 10'.


Juara Carta
Lagu Ke-Minggu 6
Changed the Song Generator
Peserta
Giliran
Persembahan
1
Terharu

Tengo
Juri
3
2
Asyik

Jazz
Abang Face
8
3
Romancinta

Opera Cina
Kobis Pedas
7
4
Fiona

Samba
Black Dot Chey
1
5
Ombak Rindu

Disco
Slumber Blur
10
6


K-Pop
Skru
6
7


Rock
Righthanded
2
8


Ska
Mawi & The Loyar
5
9

Hindu

Senaman
4
10
You're Beautiful
Ghazal
Cuba Teka
9






Juara Parodi Minggu 3 - 5

Juara Parodi Minggu 5
Tema minggu tersebut adalah 'apology to my mother' terjemahan dalam Bahasa Inggeris yang sebolehnya. Kata kunci jaga ialah 'tempoyak sauce'.


Juara Carta
Lagu Ke-Minggu 5
Changed the Song Generator
Peserta
Giliran
Persembahan
1
Tak Mungkin Kerna Sayang
(Don't Let Ibu Angry)
Rock
Slumber Blur
6
2
Rendang Tak Berbuah
(This is Malaysia, 
Not New York)
Hip Hop
Mawi & The Loyar
8
3
Juwita
(Happy Birthday Blackie)
Dangdut
Black Dot Chey
5
4
Sofea Jane
(My Mom Knows Everything)
Latin
Juri
9
5
Bengang
(Bargang)
Reggae
Kobis Pedas
10
6
Mengintai Dari Tirai Kamar
(Let's Find Durian)
Joget
Cuba Teka
2
7
Aku Rindu Sayang Kamu
Balada
Abang Face
1
8
Bosan
(My Mother Also Died)
Dikir Barat
Righthanded
4
9
Cinta Kristal
Disco
Skru
3
10
Yang Pernah
(Apology to Me, Mother.
I Can't Find Tempoyak Sauce)
Muzik Arab
Senaman
7




Juara Parodi Minggu 4
Tema minggu tersebut adalah 'artis pujaan'. Kata kunci jaga ialah 'saman kang'.


Juara Carta
Lagu Ke-Minggu 4
Changed the Song Generator
Peserta
Giliran
Persembahan
1
Sejati
(Miley Cyrus)
Ghazal
Kobis Pedas
10
2
Gemilang


Abangface

3
Madah Berhelah
(Darth Vader)

Cuba Teka

4
Karma
(Big Bang)

Righthanded

5
Itu Kamu
(Doraemon)
Country
Skru

6
Izinku Pergi
K-Pop
Black Dot Chey

7
Selamat Jalan Romeo
(Angelina Jolie)

Slumber Blur

8
Ilusi
(Upin Ipin)

Juri
1
9
Sesal Separuh Nyawa

Mawi & The Loyar

10
Gilalah
(Lionel Messi)

Senaman





Juara Parodi Minggu 3
Tema minggu tersebut adalah 'barang kenangan'. Kata kunci jaga ialah 'geli-geli', tetapi semua peserta dilarang mencarut dalam lagu tersebut.


Juara Carta
Lagu Ke-Minggu 3
Changed the Song Generator
Peserta
Giliran
Persembahan
1
Lagu
Waktu (Bingkai Gambar)
Hip Hop
Kobis Pedas
10
2
Wassini
Harta Pusaka Mak 
(Jam Dinding)

Righthanded
6
3
Ah Rindu Lagi
(Beg Sekolah)
Balada
Slumber Blur
1
4
Malaikat
(Selipar Jepun)

Black Dot Chey
4
5
Joget Angan Tak Sudah
(Kasut)
Rock
Skru
7
6
Memburu Rindu
(Bantal Busuk)
Abangface
9
7
Kalau Aku Kaya
(Topi Keledar)
Latin
Cuba Teka
5
8
Destinasi Cinta
(Setrika Baju)
Reggae
Mawi & The Loyar
3
9
Selamat Malam
(Radio)

Juri
8
10
Pulangkan
(Tudung Saji)
Country
Senaman
2




Juara Parodi Minggu 1 - 2

Juara Parodi Minggu 2
Tema minggu tersebut adalah '???'. Kata kunci jaga ialah '???'.


Juara Carta
Lagu Ke-Minggu 2
Changed the Song Generator
Peserta
Giliran
Persembahan
1





2





3





4





5





6





7





8





9





10









Juara Parodi Minggu 1
Tema minggu tersebut adalah '???'. Kata kunci jaga ialah '???'.


Juara Carta
Lagu Ke-Minggu 1
Changed the Song Generator
Peserta
Giliran
Persembahan
1
Knock Knock


Abang Face

2
Sha Na Na


Righthanded

3
Penglipur Lara 


Selamba Blur

4
Takdir dan Waktu


Kobis Pedas

5
Puncak Kasih


Black Dot Chey

6
Cinta Pantai Merdeka


Skru

7
Gerimis Mengundang 


Mawi & The Loyar

8
Secangkir Madu Merah


Juri
9
Teringin 


Senaman

10
Senggol-Senggolan

Cuba Teka







Saturday, 5 December 2015

Pak Yus Jambu Dalam Kenangan (picture & message only)














 



Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan

Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan


Konsert Juara Parodi minggu kelima yang bersiaran secara langsung pada malam ini akan digantikan dengan malam penghargaan (tribute) bagi menghormati pemergian pelawak popular, Pak Yus Jambu @ Yussry Edoo yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari Ahad lalu.

'Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan' bakal menghimpunkan kesemua sepuluh kumpulan yang bertanding dalam program tersebut dan turut disertai rakan-rakan artis yang lain. Mereka akan menyampaikan persembahan khas bagi memperingati arwah Pak Yus yang telah lama mewarnai industri seni tanah air. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

Persembahan Kumpulan Kobis Pedas Di Juara Parodi
01. Kobis Pedas - Dua Insan (Pak Yus, Tauke Jambu & Misha Omar)
02. Kobis Pedas - Takdir & Waktu (Pak Yus, Tauke Jambu & Misha Omar)
03. Kobis Pedas - Usang (Pak Yus, Tauke Jambu & Misha Omar)

Best of Jambu (Pak Yus & Tauke)
Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim 1
Sembang Teh Tarik Episod 12 - Jambu
Tribute program MeleTOP 1 Disember 2015

http://www.layanon9.net/2015/12/juara-parodi-pak-yus-dalam-kenangan.html

Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan

Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan


Konsert minggu kelima Juara Parodi yang bakal berlangsung pada Jumaat ini akan ditukarkan kepada sebuah rancangan mengenang pelawak Yus Jambu.

Yus meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor, tengah malam Isnin lalu akibat serangan jantung. Khabar mengenai pertukaran tersebut dikongsi di laman Instagram milik juri tetap Juara Parodi, Afdlin Shauki. 

“Assalammualaikum, ramai yang terkejut dengan pemergian Pak Yus pulang ke rahmatullah baru-baru ini dan ramai yang menghantar mesej kepada kami untuk menghentikan sebentar pertandingan Juara Parodi ini buat seminggu.

“Setelah berbincang dengan pihak Astro, mereka bersetuju yang minggu ini tidak ada pertandingan akan tetapi oleh kerana berberapa komitmen yang telah sedia ada, minggu ini rancangan diteruskan, akan tetapi minggu ini Juara Parodi menjadi rancangan mengenang Allahyarham Yusri Edoo dan penglibatan beliau dalam bidang seni lawak di Malaysia yang bermula di Astro Warna.

“Akan ada perkongsian dari rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, bacaan sajak dan sedikit tazkirah. Rancangan juga akan bermula dengan bacaan doa untuk Pak Yus. Sekali lagi, minggu ini Juara Parodi digelapkan untuk menghormati pemergian sahabat kami yang sangat kami sayangi.

“Semoga Allah merahmati roh beliau dan semoga Allah memaafkan segala dosa beliau dan letaklah roh beliau bersama golongan roh-roh org yg beriman. Ameen. Assalammualaikum,” tulis Afdlin. Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal berkata yang pihak Astro membuat keputusan untuk mengadakan program tersebut pada Jumaat ini dan tidak akan ada pertandingan seperti kebiasaannya.

"Kami sedar ramai masih terkejut dengan pemergian Yus. Ada yang masih beremosi dan ini mungkin tidak bagus jika kami meneruskan pertandingan. Apa yang dilakukan ini juga sebagai hadiah terakhir daripada teman artis untuk arwah,” katanya kepada Harian Metro.

Emarina berkata, pada malam itu nanti 10 kumpulan yang bertanding akan mengadakan persembahan khas. 

Menerusi rancangan Juara Parodi, Allahyarham Yus bergabung dengan rakannya dalam kumpulan Jambu, Tauke, membentuk kumpulan Kobis Pedas bersama penyanyi popular Misha Omar.

Sembilan lagi kumpulan yang bertanding ialah Abang Face, Selamba Blur, Mawi & The Loyar, Righthanded, Juri, Black Dot Chey, Cuba Teka, Skru dan Senaman.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Instagram Afdlin Shauki & Harian Metro