Pasangan Suami Isteri Artis Malaysia
Dato Fazley Yaakob & Isterinya, Puan Azrene
Tahun 2014 itu merupakan tahun kelapan pasangan bahagia ini menyambut Aidilfitri bersama sebagai suami isteri. Sepanjang sambutan tahun ini merupakan yang paling bermakna buat Dr Fazley Yaakob dan isteri Datin Azrene Ahmad. Tahu apa yang menariknya? kita ikuti kisah raya mereka samping tiga ‘hero’ tersayang! Sejujurnya mata ini sungguh terpikat dengan jalinan kasih sayang yang ditonjolkan dalam keluarga Datuk Dr Fazley Yaakob, 36. Mana tidaknya, walaupun dikurniakan tiga ‘hero’ sepanjang lapan tahun usia perkahwinan, namun kedua-duanya bijak menguruskan anak-anak. Tiada teguran dengan nada yang tinggi malah, keriuhan gelak tawa anak-anak itulah yang membuatkan Aidilfitri kali ini sungguh bermakna. Menurut bapa kepada Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, 6, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 5 dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 3, melihat kegembiraan anak-anak, hatinya turut terhibur. “Alhamdulillah, kami beraya berlima pada tahun ini. Paling seronok, Piyush juga sudah pandai bercakap. “Sebelum ini, suara Payish dan Piyash sahaja. Bila tambah suara Piyush pula, suasana semakin riuh. “Suara-suara inilah yang membahagiakan saya dan isteri setiap hari,” kata penyanyi lagu, Chocolate Cake, ini.
Sharifah Shahira & Ijoy
MINGGU lalu, kediaman pelakon dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah meriah dan ceria dengan hiasan warna putih dan merah jambu. Tidak ketinggalan ada pelamin seperti untuk pengantin baru. Tetapi jangan silap ia bukanlah untuk acara resepsi Shahirah atau ahli keluarganya. Sebaliknya Shahirah mengadakan majlis cukur jambul untuk anak keempatnya, Auddra.
Pernah menyimpan impian untuk melahirkan 10 orang anak, Shahirah bagaimanapun merasakan perancangan itu perlu 'ditunda' dahulu. Namun, dia tidak dapat berjanji sama ada dia akan melahirkan anak lagi atau tidak pada masa akan datang.
Johan Maharaja Lawak & Isterinya, Ozlyn
Gambar sekitar majlis berendoi anak Johan dan Ozlyn – Paling menarik perhatian, di ruang dalam lokasi berlangsungnya majlis itu di Villa Casa Heliconia, Kuala Lumpur Sabtu lalu, terdapat pelamin cantik berwarna putih yang menjadi tumpuan ramai jemputan sama ada untuk bergambar mahupun merakamkan kenangan bersama pasangan ini. Bukan saja menyediakan makanan yang lazat, pasangan ini turut mengundang Sharifah Shahira dan Azmir Cuit sebagai pengacara bagi memeriahkan majlis dua dalam satu itu. Lagi tambah menarik, Johan sanggup berhabisan membawa persembahan badut serta permainan lain bagi memeriahkan majlis itu sekali gus menceriakan tiga anak lelakinya serta kanak-kanak lain yang hadir. Bahkan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah berupa basikal, kipas angin serta kereta mainan turut diadakan bagi menambah kemeriahan majlis.
Ajak Shiro & Isterinya, Afifah
Terkedu kami apabila Ajak Shiro mula membukan cerita mengenai kisah percintaannya bersama isteri yang sudah bermula seawal umur 13 tahun lagi sempena hari lahir isterinya baru-baru ini. Siapa sangka gurauan ketika masa bersekolah dulu kini sudah dapat anak tiga.
Nabil Ahmad & Isterinya, Nazita
Selesai sudah semalam majlis aqiqah untuk Leyla Medyna dan juga sambutan hari lahir anak pertama Nabil Ahmad iaitu Naera Mikayla yang diadakan di Yayasan Seni, Jalan Ritchie, Ampang. Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, rakan artis juga turut hadir bagi memeriahkan suasana. Majlis aqiqah dan cukur jambul tersebut telah diadakan pada waktu pagi manakala sambutan hari lahir telah diadakan pada sebelah petang. Sambutan hari lahir pada sebelah petang itu juga turut dihadiri oleh kelab peminat Nabil. Apa pun, semoga keluarga ini akan semakin membesar malah kami pasti ramai peminatnya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan juga kesejahteraan kepada Nabil dan juga seisi keluarga.
Khai (AF1) & Rosma (AF1)
KL, 8 DIS 2014: Sudah lama rasanya tidak melihat kelibat pasangan suami isteri yang pertama dihasilkan dari Akademi Fantasia iaitu Khai dan juga Rosma. Berpeluang menjengah Instagram pasangan ini, kami kongsikan beberapa foto mereka yang kini telah berkeluarga dengan dua orang anak, Muhammad Amzar Danish dan Nur Amani Damia. Selepas sepi daripada dunia seni iatu sebagai penyanyi, pasangan ini giat membina perniagaan dan mencari rezeki daripada sumber itu. Menerusi gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Rosma kini tampil dengan mengenakan hijab sejak beberapa minggu lalu. Lebih manis, ternyata penghijrahan ini mendapat reaksi positif daripada pengikut dan peminatnya . Sungguh pun sibuk dengan perniagaan mereka,kasih sayang yang diberi menunjukkan mereka ibubapa yang menjalankan tanggungjawab sepenuhnya buat anak tersayang. Pasangan ini dilihat tidak melupakan untuk membahagikan masa untuk bersama anak-anak walaupun sibuk mencari rezeki.Tahniah Murai.com.my ucapkan kepada Khai sekeluarga. Semoga kebahagiaan yang dikecapi ini kekal hingga ke akhir hayat Jom kita tengok foto mesra keluarga bahagia Khai dan Rosma ini.
Fad Bocey & Isterinya, Nur Syahirah
Acap kali melihat isteri kepada pelawak Fad (Bocey), Syeera kerap kali dimasukkan ke hospital berikutan keadaannya yang kurang sihat sejak hamil. Namun disebalik kesakitan itu, ada hikmah yang menanti pasangan romantik ini apabila Syeera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman dikurniakan anak kembar. Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Syeera melalui akaun instagramnya kapsyen yang berbunyi: “It hurts .nvm .Alhamdulillah after 3 days finally im home .even im not so happy but i am so much happy to see you 'babies'.
Achey Bocey & Isterinya, Nor Hasanah Yahaya
Pelawak Achey mengakui sering dibelenggu persoalan mengenai cahaya mata, namun beliau enggan terlalu berharap dan menganggap ia sebagai rezeki. Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, beliau dalam masa yang sama ingin menjaga hati isterinya, Nor Hasanah Yahaya, 25, yang turut sering diajukan soalan begitu. "Saya anggap ia sebagai lumrah kehidupan yang mana soalan seperti bila hendak berumah tangga dan bila hendak mendapat anak kerap kali diajukan. "Siapa yang tidak inginkan anak? Namun begitu, saya enggan terlalu memikirkan perkara itu dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Kami sentiasa berdoa agar dapat menimang cahaya mata namun tidak perlu tergesa-gesa. "Lagipun, kami baru saja berkahwin selama empat tahun. Mungkin sudah tertulis untuk kami meluangkan lebih banyak masa bersama.
Anita Sarawak & Suaminya, Mahathir Abdullah
PETALING JAYA: Laporan mengatakan kononnya Anita Sarawak sudah berpisah dengan suaminya, Mahathir Abdullah adalah gosip yang tidak benar. Adik penyanyi itu, Noorkumalasari, 59, berkata, Anita memberitahunya berita berkenaan adalah fitnah semata-mata. "Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar. "Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya," kata Noorkumalasari ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis. Norkumalasari mengulas mengenai gosip mengenai pasangan itu yang dilaporkan sudah bercerai.
Siti Nurhaliza & Suaminya, Datuk K
KUALA LUMPUR – Seorang kenalan rapat Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memaklumkan suami penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang mengalami kemalangan motosikal kelmarin mungkin terlantar selama 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand. Beliau yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, keputusan untuk membawa pulang Datuk K bagi menjalani rawatan di Malaysia bergantung kepada keluarga ahli perniagaan itu sendiri. Keputusan tersebut juga bergantung kepada tahap terkini kesihatan Datuk K. Yang pasti, katanya, Datuk K yang patah bahu, tangan dan kaki akibat kemalangan tersebut perlu menjalani rawatan rapi. “Alhamdulillah, keadaan Datuk K stabil tetapi dia mungkin ditahan hospital selama 10 hari sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm